» » 'Tak perlu ada ijazah untuk tahu sektor pelancongan Cameron Highlands terjejas'


Datuk Seri Nazri Aziz kesal dengan insiden banjir yang berlaku di Cameron Highlands baru-baru ini hingga menyebabkan sektor pelancongan terjejas ini termasuk pelancong dari luar negara.

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, insiden banjir yang berlaku di Cameron Highlands adalah kerana sikap sesetengah pihak alpa memelihara alam semulajadi hingga menyaksikan penerokaan besar-besaran kawasan hutan dan menjejaskan ekosistem hingga tercetusnya bencana alam.

"Anda tidak perlu ada 'degree' (ijazah) untuk tahu sektor pelancongan terjejas. Ini perkara yang amat mendukacitakan.

"Sebenarnya apabila kita jaga alam semula jadi, kita akan dapat manfaat sehingga ke akhir zaman.

"Tapi kalau kita tidak jaga inilah akibatnya. Pokok ditebang hingga jadi banjir duduk di tepi sungai pelancong tidak mari jadi beri kesan kepada industri pelancongan di Cameron Highlands," katanya pada sidang media‎ selepas merasmikan Pameran Evolusi Senjata dan Kemanusiaan Sedunia 2014.

Bagaimanapun katanya, kementeriannya akan terus berusaha berkerjasama dengan pihak berkaitan untuk memulihkan Cameron Highlands agar kawasan itu terus dijadikan sebagai kawasan pelacongan.

"Kita tetap akan mempromosikan Cameron Highlands. Kita akan kerjasama dengan semua jabatan iaitu hutan, pertanian dan kerajaan tempatan," katanya.

Nazri berkata, meskipun kementeriannya akan berkerjasama bagi memulihkan imej pelancongan Cameron Highlands, penguatkuasaan perlu untuk memastikan kejadian itu tidak berulang dan ianya terletak di bawah seliaan kerajaan negeri.

Kejadian banjir dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands baru-baru ini, mengakibatkan lima kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet.

Akhbar Utusan Malaysia mendedahkan, kebanjiran berlaku akibat penerokaan haram pendatang tanpa izin yang berada di Cameron Highlands.

Ini menyebabkan Putrajaya bertindak menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menangani bukan saja punca banjir malah untuk menahan warga asing.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kebanjiran warga asing di Cameron Highlands berpunca daripada wujudnya sindiket yang menjadi dalang kepada penetapan haram tersebut.

Pada masa sama, Nazri berkata, kementeriannya akan tetap mengiktiraf Cameron Highlands sebagai kawasan pelancongan.

"Daripada kecil kita tahu Cameron Highlands ini kawasan pelancongan dan kita akan teruskan," katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .