» » PKA gugur saman terhadap KDSB dalam kes PKFZ


Dalam perkembangan mengejutkan salah satu skandal terbesar di Malaysia, Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) memutuskan menarik balik saman RM720 juta terhadap kontraktor Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

The Edge Financial Daily dimaklumkan ahli lembaga pengarah LPK sebulat suara bersetuju untuk tidak meneruskan saman dalam satu mesyuarat khas di Putrajaya pada Jumaat.

Menurut sumber, tujuh daripada 9 pengarah yang hadir di mesyuarat itu memutuskan untuk memulakan rundingan dengan KDSB bagi menarik balik saman berkenaan.

Penyelesaian yang akan membangkitkan perhatian umum dan pihak berkepentingan itu juga akan menyaksikan PKA menggugurkan kes terbesarnya dalam empat tuntutan saman yang difailkan berhubung skandal RM12.5 bilion PKFZ.

PKA memfailkan saman terhadap KDSB pada 25 September 2009 dalam mencari kebenaran perjanjian yang ditandatangani pada 12 November 2002 untuk tanah bernilai RM1.88 bilion.

Lembaga itu menuntut satu deklarasi agar mereka tidak dikenakan faedah RM720 juta baki harga pembelian tanah di bawah perjanjian dan menuntut pengembalian faedah yang dibayar kepada KDSB.

PKA bertegas kesilapan dan penipuan dalam perjanjian serta nilai setiap kaki persegi tanah adalah RM21 dan bukannya RM25.

Lembaga itu mendakwa harga pembelian termasuk faedah seperti yang dinyatakan dalam perjanjian akan dibayar untuk jangka masa 15 tahun.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 7 Februari 2012 membenarkan permohonan KDSB mengenepikan saman namun pada 25 Jun tahun sama, Mahkamah Rayuan mengekalkan saman dan membenarkan rayuan PKA.

Mahkamah Persekutuan pada tahun lalu enggan mendengar rayuan KDSB ke peringkat seterusnya.

Keputusan PKA menarik balik saman tersebut dibuat dua bulan selepas Tan Sri Kong Cho Ha dilantik sebagai pengerusi lembaga itu. PKA merupakan agensi di bawah Kementerian Pengangkutan dan Kong merupakan bekas menteri pengangkutan.

Sumber berkata keputusan ahli lembaga pengarah PKA itu dibuat selepas firma guaman Skrine & Co mengutus surat mengatakan kes berkenaan adalah lemah.

Difahamkan PKA juga sudah meminta nasihat kepada Peguam Negara dan Kementerian Pengangkutan berhubung isu tersebut.

“Bagaimanapun, kedua-duanya tidak menyatakan pendirian kerana PKA perlu membuat keputusan sendiri kerana saman berkenaan adalah berkaitan badan berkanun itu sendiri,” kata sumber.

Difahamkan cadangan menarik balik saman berkenaan berdepan banyak persoalan daripada wakil Kementerian Kewangan.

Semasa mesyuarat pada Jumaat, cadangan menarik balik saman diluluskan tanpa kehadiran Datuk Dr Mohd Isa Hussain daripada Kementerian Kewangan dan Datuk Badaruddin Mahyudin daripada Unit Kerjasama Awam Swasta.

Mereka yng hadir pada mesyuarat tersebut adalah Kong, Pengurus Besar PKA Datuk Capt David Padman, Datuk Abdullah Yusuff Basiron daripada Kementerian Pengangkutan, Datuk S Murugesan, Datuk Song Kee Chai, Tan Chong Seng dan Loo Kwee Thiam.

Menurut sumber, nasihat menarik balik saman itu dibuat ekoran kes bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik yang didakwa kemudian dibebaskan atas tuduhan mengelirukan Kabinet dalam penilaian tanah.

Difahamkan sebilangan saksi dalam kes saman ini adalah sama dan dibebaskan merujuk penghakiman berkenaan.

Ahli lembaga pengarah PKA juga dikatakan menimbangkan kos meneruskan saman berkenaan dan kesan sekiranya kalah.

Difahamkan kira-kira RM3 juta sudah dibelanjakan dalam kes PKA dan RM1.5 juta lagi diperlukan untuk kes ini sahaja.

Saman lain melibatkan KDSB dan perunding projek, Bernard Tan (BTA Architect) berhubung perjanjian pembangunan dan pembekalan yang ditandatangani di antara Februari 2003 dan November 2006 yang masih dalam perhatian Mahkamah Tinggi Shah Alam.

PKA turut menyaman bekas pengurus besar Datin OC Phang kerana melanggar tugas diamanahkan yang juga masih tertangguh.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .