Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Umno supaya melakukan perubahan drastik dari sudut pendekatan dan gerak kerja jika ingin terus relevan pada masa akan datang.
Timbalan perdana menteri Umno itu turut menyeru supaya citra Umno secocok dengan jiwa anak muda dan profesional Melayu serta generasi muda di kota dan desa jika ingin melihat parti itu menjadi parti masa depan.
Malah, katanya, Umno perlu merealisasikan langkah peremajaan Umno dengan memberi peluang tenaga muda yang berkebolehan dan berkelayakan dan menyeru pemimpin lama memberi peluang kepada orang muda dan berundur jika menjadi liabiliti kepada parti.
"Ini adalah seruan terakhir untuk Umno. Do or be dead!
Jangan letak kepentingan diri melebihi kepentingan parti.
"Saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan pemimpin Umno di semua peringkat, jika kita menjadi batu penghalang kepada peremajaan parti, maka kita mesti berundur secara terhormat.
"Parti kita mesti kekal relevan supaya bangsa Melayu terus terbela. Diri kita tidak penting. Yang penting ialah bangsa Melayu dan Umno.
"Ingatlah, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubah apa yang ada dalam dirinya," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran dari surah Al-Ra’du ayat 11.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bertajuk "Merekayasa Perubahan Mendepani Zaman" di Dewan Merdeka di PWTC malam ini.
Jangan tangguh pemilihan
Dalam ucapannya juga, Muhyiddin berkata Umno tidak ada banyak masa untuk menunggu perubahan berlaku sebaliknya menggesa ahli merekayasa perubahan.
Justeru itu, katanya, adalah wajar untuk Umno untuk mempertimbangkan pemilihan parti dilaksanakan mengikut kehendak perlembagaan parti dan tidak ditangguhkan selepas pilihan raya umum seperti yang dibuat sebelum ini.
"Saya juga mencadangkan pindaan Perlembagaan Umno diadakan tahun depan dengan memperuntukkan pindaan yang sesuai untuk membolehkan barisan pelapis muda menyumbang peranan dan khidmat bakti yang lebih besar kepada Umno.
"Saya percaya Umno tidak akan berpecah sekiranya pemilihan diadakan. Pemimpin Umno tentunya cukup matang untuk menghadapinya.
"Saya sendiri akan sentiasa berdiri bersama-sama YAB Presiden untuk merealisasikan perubahan dan peremajaan parti kita," katanya.
Selain itu, beliau mengingatkan supaya perwakilan tidak lupa akan seruan Presiden parti Datuk Seri Najib Razak pada 2008 yang menuntut agar kita berubah untuk kepentingan rakyat.
Muhyiddin turut memetik kata-kata Najib antara lain meminta anggota Umno “berubah dari sikap mazmumah kepada sikap mahmudah, mesra, mementingkan rakyat, rajin kerja, suka berkhidmat jika tidak berdepan dengan "rebah”.
"Soalnya, apakah kita mengambil serius gesaan YAB Presiden ini? Atau, adakah ia ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri?" soal Muhyiddin.
Intipati ucapan
Perkara lain dibangkitkan Muhyiddin, seperti dilaporkan Bernama, termasuk:
* Kebangkitan gerakan demokrasi liberal dan masyarakat sivil yang memperjuangkan kebebasan dan kesamarataan mengikut neraca barat telah memberi kesan yang besar kepada perjuangan Umno.
* Dasar dan strategi yang lebih berkesan perlu dilaksanakan segera bagi merapatkan jurang kaum dan kelas.
* Mencadangkan satu Dasar Ekonomi Nasional baharu bagi memacu inisiatif kesaksamaan.
* Umno tidak akan berkompromi dengan mereka yang cuba memesongkan makna Wasatiyyah yang cukup sinonim dengan prinsip kesederhanaan Islam dengan membawa ideologi songsang seperti liberalisme dan sekularisme.
* Institusi-institusi Islam perlu diperkasa, penguatkuasaan undang-undang Islam perlu dipertegas dan kerjasama Umno dengan badan bukan kerajaan (NGO) Islam perlu diperkukuh.
* Kerajaan wajar mengambil tindakan tegas dalam membendung kenyataan-kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.
* Umno bukannya parti yang mempunyai budaya pak turut, budaya nyanyi, budaya puji, budaya lambung, budaya ampu sana ampu sini.
* Cadangan pindaan Perlembagaan Umno diadakan tahun hadapan dengan memperuntukkan pindaan yang sesuai untuk membolehkan barisan pelapis muda menyumbang peranan dan khidmat bakti yang lebih besar kepada Umno.

No comments: