» » Ada jururawat didakwa tak mahu rawat Orang Asli


Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) mendakwa ada jururawat yang tidak mahu merawat pesakit Orang Asli kerana merasakan mereka kotor.

Ia adalah antara isu yang dibangkitkan semasa pertemuan antara JKOASM dengan Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai kesihatan Dr Dairius Puras.

Dalam pertemuan Sabtu lalu di Kuala Lumpur, wakil JKOASM Shafie Dris berkata isu seperti ketiadaan klinik untuk memberi rawatan kecemasan dan tiada kenderaan, juga dibangkitkan untuk makluman pelapor itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Shafie berkata JKOASM juga menekankan masalah berkaitan bekalan air minuman/makanan yang sangat kotor, yang mengakibatkan cirit-birit, sakit mata dan penyakit kulit.

Beliau mendakwa salah satu punca utama di sebalik kemerosotan kesihatan Orang Asli ialah kemusnahan sumber ubat-ubatan herba mereka.

"Pencerobohan tanah wilayah adat Orang Asli juga menyebabkan kemusnahan sumber ubat-ubatan herba bagi merawat penyakit seperti sakit mata, dan penyakit kulit," katanya lagi.

Menurut Shafie, Dairius juga hairan kenapa jangka hayat Orang Asli hanya 53 tahun, sedangkan bangsa lain boleh sampai usia 75 tahun

"Dairus juga memberitahu kami bahawa beliau akan mengambil beberapa isu yang telah dibincangkan semasa perjumpaan itu supaya dijadikan satu Resolusi semasa perhimpunan di PBB," katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .