» » Zairil Cadang Ambil Tindakan Undang-Undang


Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari memikirkan kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyiaran foto yang mengaitkan dirinya dengan seorang wanita di laman web sosial.

Foto-foto tersebut, yang menunjukkan seseorang yang kelihatan seperti dirinya sedang melakukan hubungan intim dengan seorang wanita yang kelihatan seperti calon DAP di Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud mula muncul di Facebook, Sabtu lalu.

"Saya telah berbincang dengan peguam saya dan akan membuat keputusan tidak lama lagi," kata Zairil di rumah terbuka Deepavali kuil Dewi Sri Mahamariamman Bathrakaliamman di Batu Ferringhi, Ahad.

"Ini adalah politik kotor paling teruk. Saya tidak terkejut kerana terdapat dakwaan di media sosial pada masa lalu menyatakan bahawa saya lebih gemar kepada perempuan muda.

"Telefon saya juga digodam ketika PRK Sg Limau di Kedah November lalu," katanya.

Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Teng Chang Yeow kesal dengan posting tersebut.

"Memualkan apabila politik kotor menjadi berita sekali lagi. Ini agak tidak menyenangkan.

"Saya menggesa SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk menyiasat sumber dan membawa pelakunya ke muka pengadilan," kata Chang Yeow dalam satu kenyataan.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .