» » 'Tak boleh siasat 1MDB hanya kerana Dr Mahathir kritik'


Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkata mereka tidak boleh memulakan siasatan ke atas dakwaan hutang 1MDB hanya kerana ia dikritik bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohammed berkata panel itu kini sedang memberi keutamaan kepada apa yang dibangkitkan laporan ketua audit negara.

"Kita tak boleh respon kepada seorang individu. Seperti yang anda lihat, jadual kami padat," kata beliau dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan hal itu dalam "radar" PAC.

"Semua isu termasuk 1MDB tak bermakna jika ada seorang kata ia salah, ia salah. Tapi ia dalam radar kita.

"Saya tidak buat sekarang penilaian lagi. Saya lihat apa yang ada di media tapi keperluan tidak mendesak seperti laporan ketua audit," kata beliau lagi.

Nur Jazlan turut mengumumkan PAC mencadangkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan rasuah dalam pemberian kontrak keselamatan RM2 bilion di sekolah-sekolah.

Cadangan itu dinyatakan dalam laporan PAC hari ini selepas penelitian Laporan Ketua Audit Negara 2012 terhadap projek-projek Kementerian Pendidikan.

PAC mencadangkan kementerian meneliti secara serius dakwaan amalan rasuah melalui siasatan terhadap pengurusan kontrak keselamatan.

Dalam pada itu Nur Jazlan turut mengumumkan PAC membuat keputusan kelewatan pembinaan Ibu pejabat Polis Daerah Sentul sebelum ini kerana kelemahan Jabatan Kerja Raya.

“Isu mengenai kualiti bangunan telah menyebabkan kelewatan projek tersebut dan projek ini juga telah terlebih bajet daripada kos asalnya.

“Sebab tu naik dari RM64 juta ke RM83 juta,” katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .