Ahli Parlimen Pokok Sena (PAS) Datuk Mahfuz Omar mendakwa tindakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek yang menstruktur semula pinjaman peniaga permaidani Deepak Jaikishan dengan Bank Rakyat bertentangan dengan Seksyen 16, Akta Bank Rakyat (Peruntukan Khas) 1978.
Beliau berkata, Seksyen 16, Akta Bank Rakyat (Peruntukan Khas) 1978 memperuntukkan menteri hanya boleh mengeluarkan arahan bertujuan melindungi ahlinya atau pendeposit Bank Rakyat dan bukan untuk membebaskan hutang peniaga permaidani kontroversi itu.
"Saya tidak nampak arahan yang diberikan kepada Datuk Mustapha Abdul Razak itu bersifat melindungi Bank Rakyat dan pendeposit bank itu yang majoritinya terdiri daripada Bumiputera.
"Deepak melalui syarikatnya mendapat keisitimewaan daripada pendeposit kecil. Mungkin suruhanjaya menasihati menteri dan mungkin menteri itu terima nasihat daripada suruhanjaya dan saya minta penjelasan apa nasihat yang diberi suruhanjaya," katanya ketika membahas Rang Undang-Undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan ) 2014.
Skandal pinjaman bank Deepak timbul apabila bekas Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Sabbaruddin Chik mendedahkan khidmatnya tidak disambung gara-gara enggan mengikut telunjuk Hasan.
Sabbaruddin mendedahkan surat rasmi kerajaan yang ditandatangani Hasan dan ditujukan kepada pengarah urusan Bank Rakyat mengenai pinjaman berjangka syarikat Deepak, Carpet Tile Sdn Bhd.
Hasan dalam surat itu mengarahkan Bank Rakyat menangguhkan tindakan undang-undang ke atas Deepak berkuatkuasa serta merta.
Manakala baki pembiayaan sebanyak RM32.2 juta akan diselesaikan melalui bayaran bulanan sebanyak RM270,000 untuk tempoh maksimum 10 tahun atau sehingga selesai, yang mana terdahulu.
sumber
No comments: