Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata masyarakat Cina tidak boleh terus membuat tuntutan terhadap Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka masih menyokong Pakatan Rakyat (PR).
Berucap di Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-61 hari ini, Najib berkata mereka harus berlaku adil dengan menyokong parti pemerintah dan bukannya PR.
“Saya hendak lakukan lebih lagi, mungkin satu hari nanti saya mampu buat lebih lagi. Tetapi saya juga perlukan masyarakat Cina untuk menyokong BN. Adillah. Kamu kena mainkan peranan kamu juga.
“Kamu tak bolehlah buat tuntutan (dari BN) tapi kemudiannya sokong DAP. Kamu minta, kamu sokonglah BN, kita akan berlaku adil kepada masyarakat Cina," kata Najib.
No comments: