» » OKU minta kaji semula kenaikan elaun dalam Bajet 2015


Kenaikan Elaun Pekerja Cacat (EPC) sebanyak RM50 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2015, perlu dikaji semula kerana ia nyata tidak mencukupi untuk membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU), kata Senator Bathmavathi Krishnan .

Beliau yang juga Presiden Persatuan Wanita Kurang Upaya Malaysia turut meminta kerajaan agar kadar bantuan tambahan sebanyak RM50 bagi OKU yang tidak bekerja diteliti semula.

"Dengan peningkatan kos sara hidup dan petrol pada masa kini, apa yang boleh OKU lakukan dengan tambahan RM50 untuk menyara diri dalam sebulan?" katanya.

Ketika membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kadar bantuan bagi OKU bekerja dinaikkan daripada RM300 kepada RM350, manakala bagi OKU tidak bekerja dinaikkan daripada RM150 kepada RM200.

"Kita (OKU) minta kadar bantuan dinaikkan daripada RM300 kepada RM500 dan bagi yang tidak bekerja ditambah daripada RM150 kepada RM300 relevan dengan perubahan ekonomi semasa," katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .