» » Mengapa pesalah seksual belum dihantar ke New Zealand ?


Peguam DAP Gobind Singh Deo mempersoalkan mengapa Putrajaya masih belum menghantar penyerang seksual Muhammad Rizalman Ismail ke New Zealand (NZ) untuk dibicarakan atas pertuduhan jenayah.

Ketua Biro Undang-undang DAP itu berkata, selepas lima bulan, isu tersebut dilihat masih berlanjutan dan Rizalman masih belum dihantar, perkara ini bukan suatu petanda baik bagi hubungan di antara kedua-dua negara.

"Sudah 5 bulan sejak insiden yang dituduh berlaku tapi kita tidak lihat ada jalan penyelesaian.

"Ini memberi isyarat salah. Ini menunjukkan Putrajaya tidak mampu dan menunaikan janji kepada negara luar atau sengaja melengah-lengahkan perkara tersebut. Keseluruhannya, ia memberi imej buruk kepada negara," kata Gobind yang juga ahli Parlimen Puchong.

Gobind meminta penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengapa penghantaran Rizalman itu dilambatkan selama 5 bulan.

"Saya desak perdana menteri jelaskan mengapa ditangguhkan. Beliau perlu beritahu rakyat apa yang berlaku sepanjang 5 bulan lepas dan adakah pentadbirannya masih menghormati janji untuk menghantar Rizalman pulang ke New Zealand," katanya.

Gobind berkata, tidak munasabah Rizalman masih bebas walaupun dilaporkan sudah keluar daripada hospital tentera pada akhir Julai tahun ini untuk pemeriksaan mental.

"Perdana menteri perlu tahu mengenai sensitiviti terhadap isu ini.

"Ia untuk kebaikan semua pihak untuk segera menangani perkara itu. Terutamanya bagi memastikan keadilan untuk kedua-dua pengadu dan tertuduh dalam kes ini," katanya.

Rizalman berdepan pendakwaan kerana melakukan serangan seksual dan dikatakan cuba merogol Tania Billingsley, 21, di kediamannya pada Mei lalu.

Beliau pulang ke Malaysia menggunakan imuniti diplomatik walaupun ditahan atas cubaan merompak dan merogol. Dia didakwa di mahkamah pada 10 Mei.

Rizalman sepatutnya dihantar pulang pada 16 Julai lalu, namun Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkefli Mohd Zin berkata, tarikhnya masih belum diputuskan kerana keadaan kesihatan mental dan emosinya masih dalam pemerhatian.

Penghantaran pulang Rizalman terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu selepas doktor mengarahkan dua ujian psikologi dilakukan terhadapnya kerana petugas diplomatik itu kelihatan mengalami masalah mental dan kemurungan.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .