» » 'Mahu Cipta Nama Tanpa Tumpang Populariti Ibu'


Penyanyi Kayda,23 tidak mahu menjadikan populariti ibunya yang juga merupakan penyanyi lagenda, Sheila Majid sebagai jalan mudah untuk dirinya mencipta nama dalam industri muzik.

Kayda atau nama sebenarnya Wan Nur Khaleda sememangnya tidak mahu dikenali sebagai anak Sheila Majid tetapi mahu orang ramai mengenali dirinya sebagai penyanyi rap Kayda.

“Saya bangga jadi anak kepada Sheila Majid tetapi orang lupa saya juga seorang penyanyi bernama Kayda. Buat masa sekarang ini saya cuba untuk mencipta nama sendiri tanpa bantuan populariti ibu saya.

“Kadang-kadang ada juga persaan rimas apabila orang tidak melihat saya sebagai anak penyanyi terkenal tetapi saya perlu fokus dengan apa yang saya lakukan sekarang. Bagi saya kalau kita buat apa sekali pun, orang tetap akan kritik.

“Sejujurnya saya sedar yang ibu bapa saya adalah orang yang terkenal dalam industri muzik tanah air tetapi saya mahu orang lihat saya seperti penyanyi lain juga,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran dua single duet bersama penyanyi Hunny Madu di pejabat Warner Music Malaysia, semalam.

Tambahnya lagi, meskipun ibunya seorang penyanyi yang disegani, Kayda tidak merasakan dirinya menumpang populariti ibunya.

“Saya tak rasa saya tumpang populariti ibu kerana saya melibatkan diri dalam nyanyian secara sendiri. Kalau saya menggunakan nama ibu, saya rasa saya dah buat album 10 tahun lalu.

“Ibu saya pula tidak pernah mempersoalkan pilihan saya untuk menyanyi rap. Baginya apa yang penting adalah saya lakukan sesuatu dengan sepenuh hati dan jangan buat separuh jalan. Itu adalah nasihat mereka,” ujarnya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .