» » Komited teruskan Kempen Mansuh Cukai Kenderaan di Malaysia


Ekoran penjimatan perbelanjaan kerajaan susulan pengurangan subsidi bahan api awal bulan ini, PKR akan kembali meneruskan kempen menurunkan harga kereta bagi mendesak Putrajaya memansuhkan cukai berkaitan kenderaan, kata Rafizi Ramli.

Setiausaha Agung PKR itu berkata, dengan pengurangan subsidi petrol RON95 dan diesel, Putrajaya diunjurkan menanggung subsidi hanya sebanyak RM13.7 bilion.

Jumlah itu katanya, lebih rendah berbanding cukai yang dibayar rakyat kepada kerajaan untuk menggunakan kenderaan, iaitu RM17.3 bilion bagi 2014.

"PKR akan menghidupkan kembali kempen #turunkanhargakereta yang berjaya menekan Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk menjanjikan penurunan harga kereta sebanyak 30%.

"Sehingga hari ini janji itu belum dipenuhi, malah belum ada langkah-langkah ke arah itu pun," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kempen berkenaan akan menuntut pemansuhan cukai eksais kereta dihapuskan secara berperingkat menjelang 2017.

Selain itu, ia akan turut mendesak agar alat ganti kenderaan tidak dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Beliau berkata, PKR juga akan menggesa kajian pasaran dan harga munasabah dijalankan untuk melihat margin keuntungan dan kos alat gantian yang dikenakan terhadap pengguna.

Mereka juga mahu supaya yuran dan lesen kenderaan dihapuskan, kata Rafizi.

"Kita juga menggesa supaya satu sistem Bas Rapid Transit (BRT) diwujudkan di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Baru menjelang 2017," katanya.

"Kami yakin BN tidak lagi ada alasan untuk terus mengenakan cukai yang tinggi ke atas pemilikan dan penggunaan kenderaan yang menjadi punca keberhutangan rakyat selama ini," katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .