Menurut beliau, lebih 90 peratus negara di seluruh dunia sudah melaksanakan penyelarasan gaji minimum bagi pekerja-pekerja tetapi Malaysia agak terkebelakang di kalangan negara Asia dalam hal ini.
“Bagaimanapun kita turut sama negara dunia yang lain bukan sahaja Asia untuk melaksanakan kaedah yang cukup baik ini untuk para pekerja negara kita.
“Kita mempunyai 13 juta orang pekerja di negara kita untuk kita bela, mereka ini tentulah dapat menyumbang dalam pembangunan negara dan kekayaan hasil negara akan disalurkan kepada semua rakyat yang berjumlah 30 juta orang penduduk,” katanya kepada pemberita di “Seminar Pelaksanaan Gaji Minimum” di ibu negara.
Ismail turut berkata, seminar yang melibatkan pembentangan gaji minimum dari beberapa buah negara Asia ini diharap dapat memberi pengalaman baru dan pengajaran kepada sektor-sektor yang terlibat dalam memperkemaskan pelaksanaan gaji minimum.
Selain itu beliau turut menjelaskan, seminar seperti ini juga penting untuk mencari jalan dan pendekatan yang lebih baik kerana sebagai negara yang baru dalam pelaksanaan ini terdapat banyak cabaran dan masalahnya.
“Itu antara matlamat seminar ini, sekarang ini kita masih dalam peringkat kaji semula gaji minimum, jadi melalui input yang kita dapat dari negara lain yang menyertai seminar ini, majlis perunding gaji negara akan dapat melihat pendekatan yang terbaik.
“Jika ada yang mempersoalkan, kenapa gaji minima di Semenanjung dan Sabah, Sarawak tidak RM1,500, kalau boleh saya juga mahu begitu, lagi tinggi lagi bagus tetapi kita perlu juga melihat sama ada majikan mampu atau tidak,” katanya lagi.
sumber
No comments: