» » Hunny Madu Luah Perasaan Dalam Lagu


Meskipun penyanyi dan pengacara Hunny Madu kini bergelar ibu namun itu bukanlah penghalang untuk dirinya menceburkan diri dalam nyanyian rap.

Malah dia sendiri tahu tentang persepsi orang ramai yang masih berfikiran negatif mengenai dirinya berstatus ibu yang tampil sebagai penyanyi rap.

“Saya tahu orang sekeliling cukup mudah memberikan pandangan negatif terhadap perkara sebegini. Sebab itulah saya luahkannya dalam lagu Go Hard Or Gostan.

“Yes, I am a mother tapi saya bukannya tak sedar diri buat persembahan atas pentas. Ini adalah pekerjaan saya dalam bidang seni. Saya rasa tak salah kalau seorang ibu ingin menyanyi rap.

“Menjadi ibu bukan hanya duduk di rumah goyang kaki kerana mereka juga boleh mengejar impian. Saya harap dengan mesej yang cuba kami sampaikan menerusi lagu, ia dapat memberi inspirasi kepada wanita di luar sana terutamanya mereka yang bergelar ibu,” katanya.

Hunny ditemui pada majlis pelancaran dua single duet bersama penyanyi rap Kayda di pejabat Warner Music Malaysia, semalam.

Dalam pada itu, Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim mahu memartabatkan lagi genre Hip Hop sekali gus mewakili kaum wanita yang tampil sebagai penyanyi rap.

“Kalau kita lihat muzik Hip Hopdidominasi oleh lelaki. Saya dan Kayda mahu buktikan bahawa wanita juga mampu menguasai nyanyian rap.

“Malah lagu Go Hard Gostanbukanlah mengenai kisah wanita semata-mata ia juga boleh dijadikan sebagai inspirasi dan semua orang dapat relate dengan lagu tersebut,” katanya.

Sementara itu, Hunny dan Kayda sebelum ini telah pun mengeluarkan album mixtapeyang menampilkan 14 buah lagu.

Hunny tidak menyangka dua buah lagu mereka iaitu Go Hard Or Gostan dan Gucci Dowh dipilih oleh Warner Music Malaysia sebagai pelancaran single terbaru.

“Sejujurnya saya dan Kayda berbesar hati diberi tawaran oleh syarikat besar seperti Warner Music. Apabila pihak mereka sendiri yang buat researchmengenai lagu kami dan datang berbincang untuk melancarkan dua lagu tersebut, i think it is a beautiful thing,” ujar Hunny.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .