» » Gambar hubungan ‘intim’ Dyana dan Zairil viral di internet


Dua ahli DAP, yang menjadi mangsa gambar rekaan dan kini viral di laman sosial, menyifatkannya sebagai "politik longkang pada tahap yang paling rendah".

Gambar-gambar yang dikatakan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan calon DAP pilihan raya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud muncul pagi ini dan merebak dengan pantas di media sosial.

Dyana, 27, berkata beliau merasa jijik pada pendekatan politik yang diamalkan lawannya tetapi berkata beliau tidak akan tunduk dan tidak akan mengulas mengenai perkara itu lagi.

Beliau berkata ini bukan kali pertama gambar sedemikian digunakan terhadap dirinya.

"Ia menjijikkan bagaimana mereka terus menggunakan politik longkang... Sebagai seorang wanita, saya sasaran yang mudah dan saya marah.

"Ini adalah politik longkang dan saya yakin ia bukan kali yang terakhir," katanya dalam mesej teks kepada The Malaysian Insider hari ini.

Gambar-gambar itu dimuat naik ke dalam akaun Facebook yang didakwa milik Zairil awal hari ini.

Zairil ketika menjawab pertanyaan The Malaysia Insider menjawab dengan ringkas: "Ini adalah politik longkang pada tahap paling rendah".

Pengguna media sosial ini juga terbawa-bawa dengan berita tentang mereka berdua dalam gambar bersama-sama, dengan pengguna Twitter, @Amshar_Aziz berkata:

"Jadi gambar Zairil mencium Dyana tersebar seperti api di Internet. Satu lagi usaha yang buruk untuk pembunuhan karakter."

Satu lagi pengguna @azizisafar berkata: "Politik longkang? Kelihatan seperti dia dan dia, tapi bukan mereka? Telefon digodam? Dicuri?"

Dyana pun ternyata mengulas mengenai perkara itu di bawah akaun Twitter beliau @dyanasmd: "Sigh. Tidak lagi."

Dia juga menulis tweet: "Prolly masa untuk mengambil gambar bikini sebenar!", sambil menambah, "Okay saya main-main... "

Dyana, yang merupakan calon DAP di pilihan raya kecil Teluk Intan yang kalah kepada calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong dengan 238 undi pada bulan Mei.

Dalam tempoh kempennya, beliau juga diserang dengan isu kewanitaan dan blogger BN yang berkata beliau memakai bikini.


PS : Untuk mengetahui skandal diatas , sila klink dibawah :

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .