headlines

» » Elaun Anggota Parlimen Malaysia dinaikkan


Kesemua 222 Anggota Parlimen akan menikmati kenaikan elaun, berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Selain itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara serta timbalan Yang Dipertua juga akan menikmati kenaikan gaji dan elaun.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata elaun Anggota Dewan Rakyat akan dinaikkan daripada bersamaan Gred 54 kepada bersamaan gred Jusa C manakala elaun anggota Dewan Negara akan dinaikkan daripada bersamaan gred 48 kepada bersamaan antara gred 54 dan Jusa C.

"Tanggungjawab seorang anggota Parlimen begitu besar dan bermakna pada komuniti dan masyarakat setempat. Mereka adalah ketua yang perlu memimpin masyarakat setempat dari semua aspek termasuk kebajikan, keagaman, sosial dan pendidikan.

"Dengan kata lain, khidmat anggota Parlimen sebagai wakil atau pemimpin di kawasan Parlimen masing-masing adalah mendesak tidak mengira waktu.

"Bagi mencerminkan tahap tanggungjawab dan kepimpinan ini, saya mencadangkan agar elaun anggota Parlimen dinaikkan," katanya ketika membentangkan "Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat" di Dewan Rakyat hari ini.

Namun begitu, Najib yang juga menteri kewangan berkata kerajaan telah mengambil keputusan supaya semakan kenaikan gaji bagi anggota pentadbiran dikaji serta ditangguhkan keputusannya sehingga satu masa yang bersesuaian.

"Ini termasuklah perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri-menteri kabinet dan timbalan-timbalan menteri," katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Penjawat awam dapat bonus setengah bulan sahaja
»
Previous
Kadar BR1M dinaikkan untuk semua penerima

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .