» » 'DAP desak peguam negara letak jawatan'


DAP hari ini memberi tekanan dalam isu bakar Bible dengan mendesak supaya Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail meletak jawatan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri menggalas tanggungjawab.

Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo membidas Gani dalam isu itu, mendakwanya melakukan pendakwaan terpilih.

"Beliau perlu meletak jawatan. Malaysia tidak boleh memiliki peguam negara yang dilihat lemah dan memilih dalam pendakwaannya," katanya dalam kenyataan di blognya.

Gobind menyifatkan alasan tidak mendakwa Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dengan mengatakan beliau mempertahankan Islam adalah tidak masuk akal.

"Dengan penuh hormat, ia adalah tidak masuk akal," kata Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong.

Tiadanya tindakan diambil Gani, bagi Gobind ialah tanda kegagalan dalam memelihara sensitiviti agama dalam isu ini.

"Beliau gagal bertindak ke atas kebiadapan terbuka dan ekstrem membabitkan sensitiviti kaum dan agama dalam kes ini.

"Beliau sudah gagal dalam tugasnya sebagai pendakwa raya," kata Gobind.

Sementara itu, Gobind juga membidas Nancy dengan mengatakan walaupun kenyataan itu datang daripada peguam negara, tanggungjawab itu harus digalas oleh beliau secara bebas dan berani dalam menyatakan pendirian.

"Sebagai menteri undang-undang, Nancy perlu memainkan lebih peranan. Beliau perlu dilihat bebas dan mempunyai keberanian untuk menyatakan pendirian kepada peguam negara dan melakukan apa yang dianggapnya betul," kata Gobind.

Beliau juga mencabar Nancy menyatakan pendiriannya dan mengkritik peguam negara kerana tidak mendakwa Ibrahim dalam kes ini.

Nancy dalam jawapan bertulis di Parlimen menjelaskan, Ibrahim tidak didakwa kerana beliau tidak berniat untuk menimbulkan kekecohan agama tetapi hanya mempertahankan kesucian agama Islam.

"Kata-kata yang diucapkan beliau (Ibrahim) ditujukan kepada individu yang mengedar naskhah Bible mengandungi kalimah Allah dan tulisan Jawi kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong, Pulau Pinang termasuk pelajar Melayu.

"Kenyataan yang dibuat beliau tidak berniat menimbulkan kekecohan agama tetapi hanya mempertahankan kesucian agama Islam," kata Nancy dalam jawapan di Dewan Rakyat.Susulan jawapan tersebut, pelbagai pihak mengkritik beliau dan mempertikaikan sikap Putrajaya yang berat sebelah dalam isu tersebut

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .