» » Bangkit semula isu hutang Deepak


MP PAS, Datuk Mahfuz Omar menggunakan peluang dalam perbahasan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2014 hari ini untuk membangkitkan semula isu hutang yang ditanggung oleh saudagar permaidani, Deepak Jaikishan.

Beliau menggesa menteri yang terbabit dengan undang-undang tersebut, Datuk Hasan Malek untuk menjelaskan sama ada arahan berhubung hutang berjumlah RM32 juta itu dibuat dengan nasihat Suruhanjaya Koperasi.

"Apakah peranan suruhanjaya dalam menasihat menteri sehingga menteri boleh mengeluarkan arahan kepada pengarah urusan Bank Rakyat?," soal Mahfuz.

Katanya, Hasan perlu menjelaskan sama ada langkah itu selari dengan tugas menteri bertanggungjawab seperti digariskan dalam Akta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Peruntukan Khas) 1978.

Beliau mempersoalkan tujuan di sebalik arahan Hassan kepada Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abdul Razak untuk menstruktur semula hutang berkenaan.

Katanya, beliau ingin tahu jika langkah itu selari dengan peranan menteri untuk "mengeluarkan arahan kepada lembaga bank melindungi kepentingan ahli atau pendeposit bank".

"Jadi saya tidak nampak arahan yang diberikan kepada Datuk Mustafha ini bersifat untuk melindungi Bank Rakyat dan pendeposit Bank Rakyat yang kebanyakanya adalah bumiputera.

"Apakah kelebihan Deepak sehingga dia mendapat keistimewaan berbanding pendeposit kecil yang lain?," soalnya.

Deepak sebelum ini meminjam RM32 juta daripada Bank Rakyat dan hampir dikenakan tindakan undang-undang oleh bank itu.

Namun, tindakan itu dihentikan serta merta dan Deepak menawarkan untuk membayar semula hutang tersebut secara ansuran berjumlah RM270,000 sebulan menerusi 120 keping cek bertarikh hadapan.

Urusan itu mencuri perhatian ramai apabila PKR mendedahkan ia dubuat atas campur tangan Hassan Malek.

Hasan dalam penjelasannya menyatakan urusniaga itu dibuat demi kepentingan Bank Rakyat dan ia sah dari segi undang-undang.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .