» » 'Bajet secubit untuk Sabah , macam tiada'


Parti Reformasi Negeri Sabah (Star Sabah) menyifatkan Belanjawan 2015 tidak banyak memberi manfaat kepada negeri itu.

Star Sabah malah menyifatkan negeri itu dijadikan sebuah negeri jajahan Malaya untuk dieksploitasi dan dikawal.

“Ia menguatkan andaian rakyat Sabah bahawa Putrajaya dan kerajaan persekutuan masih mempunyai cara fikir seperti tuan penjajah, pekak dan tuli akan keperluan Sabah dan Sarawak,” kata presidennya Datuk Jeffrey Kitingan.

Katanya, ketika negara lain berhati-hati dan berjimat, belanjawan Malaysia berbelanja besar sehingga mencecah rekod defisit RM38.70 bilion.

Beliau juga membangkitkan soal Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan menyumbang RM23.2 bilion berbanding Cukai Perkhidmatan dan Jualan (SST) sebanyak RM9.4 bilion yang digantikannya.

Ia juga membangkitkan bagaimana keuntungan itu digunakan untuk meningkatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Ini bermaksud kerajaan ambil dengan tangan kanan dan berikan semula sebahagiannya dengan tangan kiri,” katanya.

Berhubung pembinaan Lebih Raya Pan Borneo, Jeffrey berkata, kosnya ditetapkan RM27 bilion tetapi tiada pula peruntukan dinyatakan.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .