» » 'Bajet 2015 fokus pada Bumiputera bukan kerana rasis'


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan agenda bumiputera dalam Bajet 2015 bukan kerana kerajaan rasis, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Katanya, ia sebaliknya untuk menangani peningkatan populasi sehingga 70 peratus pada 2020 dan kerajaan merasakan apabila bumiputera maju barulah negara akan membangun.

Katanya, kerajaan tidak berhasrat menjadi rasis dan tidak mahu isu itu berbangkit.

Beliau berkata demikian dalam taklimat berhubung GST kepada penjawat awam di Bangi, Selangor.

Ahmad membangkitkan keadaan di mana 70 peratus lagi yang masih tertinggal dan kebanyakan tinggal di kampung-kampung.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .