» » 'Tiada hasrat mansuh UPSR'


Putrajaya tidak pernah berhasrat untuk memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan akan tetap meneruskan dasar lama itu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Beliau yang juga menteri pelajaran berkata, peperiksaan awam itu diteruskan kerana ia menjadi penanda aras kepada tahap pencapaian pelajar untuk pembelajaran selama 6 tahun di sekolah.

"Kita akan teruskan peperiksaan awam ini. Meskipun pelajar ini akan tetap menyambung pengajian ke peringkat menengah lulus atau tidak, ibu bapa tetap mahu mengetahui tahap prestasi anak mereka.

"Disebabkan itu kita tidak berhasrat untuk memansuhkan. Kita akan terus melaksanakan dasar lama ini," katanya kepada pemberita selepas program lawatan ke pusat peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan Putrajaya, Presint 16 (2), hari ini.

Hari ini merupakan hari pertama bermulanya peperiksaan UPSR seluruh negara selama 3 hari sehingga 11 September.

Muhyiddin berkata, bagi tahun ini seramai 472, 857 pelajar menduduki UPSR membabitkan 83,800 sekolah seluruh negara.

Katanya, Kementerian Pelajaran menyediakan 8,200 pusat peperiksaan dengan 51,438 petugas bagi memastikan kelancaran urusan peperiksaan awam itu.

Muhyiddin berkata, beliau berharap akan ada peningkatan peratusan jumlah pelajar lulus dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Hasil tinjauan di sekolah itu, beliau juga berpuas hati dengan kelancaran perjalanan peperiksaan UPSR.

"Saya lihat tadi pelajar menduduki peperiksaan dengan begitu tenang dan saya mengucapkan selamat berjaya, perlu fokus dalam menjawab kertas soalan semoga mereka memperolehi keputusan cemerlang," katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .