Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran yang turut didakwa mengikut Akta Hasutan menyertai pensyarah undang-undang Universiti Malaya Profesor Madya Dr Azmi Shahrom untuk mencabar kedudukan akta itu dalam Perlembagaan Malaysia.
Peguamnya, Latheefa Koya berkata permohonan untuk merujuk perkara itu ke Mahkamah Tinggi difailkan dan akan didengar di Mahkamah Sesyen pada 14 Oktober ini.
"Kami memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman untuk membolehkan Mahkamah Sesyen merujuk perkara itu ke Mahkamah Tinggi kerana isu perlembagaan akan dibangkitkan," katanya kepada The Malaysian Insider.
sumber




No comments: