» » Polis serah siasatan kebocoran kertas UPSR kepada Peguam Negara'


Polis dijangka menyelesaikan siasatan terhadap kebocoran kertas Ujian Penilaian ‎Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan English dan akan menyerahkan kes tersebut kepada Pejabat Peguam Negara minggu depan untuk tujuan pendakwaan.

‎Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa memberitahu The Malaysian Insider, ‎pihak berkuasa sedaya upaya menyegerakan siasatan kebocoran kerta soalan yang disebarkan melalui Internet itu.

"Kertas siasatan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada minggu depan," katanya, hari ini.

Kebocoran itu menjejaskan lebih daripada 470,000 pelajar tahun enam dan menyaksikan kemarahan memuncak daripada ibu bapa.

Pelajar kini bakal menduduki semua kertas UPSR bagi subjek bahasa Inggeris dan Sains pada 30 September ini.

Pada Isnin, Kementerian Pendidikan turut mengumumkan pelajar terpaksa menduduki semula kertas peperiksaan Matematik dan Tamil pada 9 Oktober.

Kedua kertas ujian itu didapati bocor pada 21 September kata Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Dr Khair Mohamad Yusof.

Ekoran isu kebocoran kertas peperiksaan bahasa Inggeris dan Sains didedahkan pada 10 September, polis menahan sekurang-kurangnya 14 orang untuk membantu siasatan termasuk 12 guru.

Penahanan dilakukan di seluruh pelosok negara termasuk Pulau Pinang, Perak, Kedah, Kuala Lumpur dan Terengganu.

Mereka yang ditahan kemudiannya dilepaskan semula dengan ikat jamin.

‎Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan polis menemubual dan merakam keterangan lebih 30 individu.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .