» » Polis nafi penahanan kebocoran UPSR kerana sentimen perkauman


Pihak polis ‎menafikan mengamalkan unsur perkauman dalam siasatan ke atas kebocoran kertas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), kata Datuk Tajudin Md Isa hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur itu mengulas kritikan ekoran penahanan 10 guru dari sekolah Tamil oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Hindraf yang memperjuangkan hak asasi kaum India.

"Sepanjang siasatan, polis menahan guru Melayu di Terengganu, adakah ini bermakna kita menyasarkan guru Melayu?

"Adakah penahanan guru Melayu bermakna NGO Melayu perlu tampil dan mengkritik polis membuat pemburuan berdasarkan kaum?

"Polis adalah buta warna dalam menjalankan siasatan, jika ada keperluan kita juga akan menahan guru Cina ‎memudahkan siasatan," katanya.

Beliau berkata, daripada 14 yang ditahan sejak daripada laporan kebocoran tersebar, lapan daripada mereka sudah diikat jamin.

"Penahanan, temubual, merekodkan kenyataan adalah sebahagian daripada proses siasatan," katanya.

Awal hari ini, Pengerusi Hindraf P. Waytha Moorthy berkata terdapat sentimen perkauman berikutan penahanan 10 guru di sekolah Tamil.

"Kebocoran kertas ujian Sains dan English dalam kertas UPSR adalah jelas daripada sekolah kebangsaan.

"Ia sudah tersebar luas melalui media portal dan arus media perdana bahawa kebocoran kertas peperiksaan UPSR, Sains dan bahasa Inggeris berpunca daripada sekolah kebangsaan.

"Kod kebocoran kertas ujian Sains adala‎h 018 dan kertas ‎bahasa Inggeris adalah 014.

"Kedua kod tersebut adalah jelas dari kertas ujian sekolah kebangsaan," katanya.

Waytha berkata bagi kod peperiksaan kertas ujian Sains dan Bahasa Inggeris di Sekolah Tamil adalah 038 dan 034.

"Perlu juga tahu bahawa kandungan soalan peperiksaan sekolah kebangsaan berbeza dengan sekolah Tamil dan Cina," katanya.

Kerana itu, Waytha mempersoalkan tindakan menteri pendidikan dan ‎polis dilihat memulakan penahanan ke atas kaum tertentu khusus sekolah Tamil.

Hindraf sebelum ini memang dikenali lantang mengkritik polisi Malaysia yang mengamalkan sentimen perkauman.

"Kami tertanya jika ini merupakan satu lagi percubaan untuk mengalihkan kelemahan atas kebocoran kerahsiaan kertas ujian kepada sekolah Tamil.

"Guru ini langsung tidak punyai kaitan dengan kebocoran kertas ujian Sains dan bahasa Inggeris kerana ia datang dari sekolah kebangsaan," katanya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

2 comments:

  1. Bodohnya waytha ni. .cikgu india semua mngajar sjkt ke. ....berlmbak lah guru india megajar di sk. ..kenapa mesti ada isu perkauman....polis mnjalnkan tugas. ...baik kau duk diam diam. ..sah otak cap udang

    ReplyDelete
  2. Inilah padahnya bila kerajaan mesia lemah bro, org amik kesempatan dan tak respek...

    ReplyDelete

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .