ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah dan Ketua Cabang PKR Johor Bahru Akmal Nasir menggesa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasni Mohammad menjelaskan kenaikan itu atas alasan menjaga kepentingan Syarikat Air Johor (SAJ).
Dalam kenyataan bersama, mereka mendakwa Hasni mengumumkan kenaikan itu ekoran kenaikan kos merawat air akibat kenaikan elektrik dan meningkatnya pencemaran air.
"Adakah benar kerajaan Johor meletakkan kepentingan SAJ yang majoriti sahamnya dipegang oleh syarikat swasta sebagai perkara utama tanpa mengambil kira nasib rakyat Johor juga berdepan dengan peningkatan kos sara hidup?
"Adakah kerajaan negeri tidak peka bahawa rakyat Johor akan turut berdepan kenaikan harga barang akibat pelaksanaan GST yang akan bermula pada April 2015?" kenyataan bersama mereka dipetik.
Dalam kenyataan sama mereka turut mempersoalkan alasan tarif air Johor yang merupakan yang tertinggi dalam negara terus dinaikkan ketika ia baru sahaja dinaikkan pada 2011.
Mereka juga mempertikaikan dasar air percuma di Johor yang didakwa hanya dinikmati sebahagian kecil pengguna sahaja.
"Mengikut jawapan di sidang DUN tahun 2013, hanya 791 keluarga menerima manfaat skim ini sedangkan terdapat lebih kurang 1.5 juta akaun pengguna yang berdaftar dengan SAJ," kata mereka lagi.




No comments: