» » Perkara yang tidak boleh dilakukan di Malaysia


Kini apabila kita tahu menjadi satu kesalahan kerana mengeji polis sebagai monyet dalam tulisan komen Facebook dan Twitter, di bawah adalah beberapa senarai garis panduan kepada rakyat Malaysia dan pelawat ke Malaysia, Yang Benar-benar Menghasut.

*Jangan lepaskan kemarahan anda dalam laman sosial terhadap anggota polis yang menahan kamu kerana memandu laju dan meminta wang untuk lepaskan kamu.

Mengapa? Kerana ia menjadi kesalahan untuk memanggil pegawai beruniform dengan gelaran tidak senonoh daripada bercakap mengenai rasuah.

Jadi ingat, gelar polis sebagai Bos, Tuan atau Datuk.

* Jangan bercakap mengenai jenayah yang semakin tinggi dan negara tidak selamat seperti suatu ketika dulu.

Ulasan sebegini meletak negara dalam kedudukan tidak baik dan semua pihak termasuk menteri dalam negeri akan anggap ia satu kesalahan dan menterjemahnya sebagai usaha menjatuhkan kerajaan.

Apabila rumah kamu dirompak anggap hanya ia sebagai insiden terpencil. Salahkan pendatang asing.

Apabila jiran kamu menjadi mangsa ragut, hanya kata ia insiden terpencil. Semua ok, bos.

* Jangan sesekali riuh mengenai kertas soalan peperiksaan bocor atau mengatakan perkara ini sering berlaku hasil daripada pelanggaran tugas atau gejala yang berpunca daripada sistem yang runtuh.

Sekali lagi, sebarang komen berlawanan boleh dianggap sebagai usaha menjatuhkan kerajaan atau memperlihatkan menteri tersebut tidak berkemampuan - kedua-duanya kesalahan yang serius dalam negara Malaysia yang "demokratik".

Hanya anggap kebocoran itu sebagai satu perkara yang unik.

*Apa sahaja yang kamu katakan, jangan momokkan mengenai kewibawaan "kesederhanaan" Malaysia.

Kita adalah sederhana demokratik, sederhana bertolak ansur antara satu sama lain, sederhana persepsi terhadap penjawat awam, sederhana dengan konsep pemisahan kuasa dan kebebasan kehakiman.

Oleh itu, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia adalah sebuah negara yang sederhana, jangan perlekehkannya.

* Jangan berikan pendapat kamu dalam sebarang perkara kerana walaupun kamu seorang pakar, lebih-lebih jika ia buat orang ramai berfikir atau ia bertentangan dengan kebiasaan.

Hanya kerajaan berhak menentukan fakta, pendapat atau pandangan, walaupun ia mungkin kelihatan tidak logik atau tidak munasabah. Biar mereka yang berkuasa membimbing pandangan kamu.

Jika tidak ia boleh dianggap menghasut, walaupun kamu bercakap mengenainya tahun lalu dan tiada siapa yang memberi perhatian sehinggalah polis menghubungi kamu suatu hari dan mengatakan ia adalah hasutan dan kamu akan didakwa.

* Jangan mempersoalkan kerajaan. Ingat, kerajaan sentiasa betul. Mereka boleh memberitahu kamu tentang satu perkara dan melakukan sebaliknya tetapi ia masih betul. Jangan mempersoalkan kerajaan.

Pihak berkuasa mungkin berjanji satu perkara, tetapi ia boleh menukar fikiran kerana ia masih belum mendapat input daripada pandangan terpilih mengenai perkara itu. Pendek kata, kamu jangan ambil kisah sehinggalah tiba masa pilihan raya.

* Jangan marah kerajaan jika kamu berpandangan kerajaan berbelanja lebih.

Sentiasa bersyukur kerana sumbangan berjuta-juta daripada sumbangan cukai kamu dan kekayaan negara dibelanjakan untuk kamu, walaupun kosnya melebihi peruntukan dan kamu tidak perlukannya.

Ketahuilah terdapat banyak lebuh raya swasta yang dirancangkan untuk kamu kerana kerajaan perlukan wang untuk membuat kajian dan pembangunan untuk kereta kebangsaan yang diswastakan di mana kamu perlu beli dan gunakannya di lebuh raya.

Dan jika kamu tidak beli kereta, terdapat pengangkutan awam untuk kamu, termasuk trak keretapi yang melalui kawasan anda tanpa sebarang perumahan di mana semua jalan diswastakan.

Kerajaan sentiasa menjaga kamu, sentiasa ingat perkara itu. Jadi berhenti sekarang, patuhi mereka dan semua akan berjalan lancar. Mungkin, jika tidak terdapat perancangan lain.

Malaysia Boleh!

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .