Memetik sumber, The Borneo Post melaporkan, dua pelajar disyaki dijangkiti virus itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada Ahad selepas mengadu batuk-batuk dan demam panas.
“Oleh kerana pusat perubatan swasta itu tidak mempunyai wad pengasingan, mereka dipindahkan ke wad pengasingan Hospital Besar Sarawak,” menurut laporan itu.
Bagaimanapun, akhbar United Daily melaporkan hanya seorang pelajar sedang dipantau.
Malay Malay Online melaporkan Pengarah Kesihatan Dr Zulkifli Jantan berkata, siasatan berhubung perkara itu sedang dijalankan.
Ketika dihubungi, Jabatan Kesihatan Sarawak memberitahuMalaysiakini bahawa sidang media akan diadakan berhubung perkara itu hari ini.
Virus itu yang menyebabkan demam berdarah itu kini sudah membunuh 1,800 orang di Afrika Barat setakar 31 Ogos lalu.
sumber




No comments: