» » NGO lawan NGO berkaitan Akta Hasutan


Kumpulan pelobi pro kerajaan yang menyokong Akta Hasutan 1948 diselar kerana didakwa cuba “membuli” untuk mendiamkan gerakan peguam yang menuntut pemansuhan undang-undang itu.

Kumpulan masyarakat sivil Centre For A Better Tomorrow (Cenbet) menyelar Gerakan Warganegara Mempertahankan Akta Hasutan 1948 kerana mendorong penyokongnya mengganggu (troll) penganjur kempen Mansuhkan Akta Hasutan.

Presiden bersama Cenbet Lim Chee Wee mendakwa, pemimpin-pemimpin kempen itu, termasuk pengerusi peguam muda Badan Peguam Malaysia Syahredzan Johan antara yang menjadi sasaran utama.

“Taktik digunakan kumpulan ini setakat ini termasuk menyiarkan nombor telefon Syahredzan di atas talian dan meminta orang ramai menghujaninya dengan panggilan telefon dan SMS.

“Mereka juga heret anggota keluarganya ke dalam perdebatan yang dilihat cubaan membulinya supaya diam,” katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .