Minggu lepas, pihak pengurusan KTMB mengeluarkan surat pemberhentian kerja kepada Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Malaya (RUM) Abdul Razak Md Hassan dan timbalannya R. Subramaniam.
Razak berkata kepada The Malaysian Insider hari ini, RUM akan menyerahkan memorandum kepada Kementerian Kewangan tidak lama lagi untuk memohon campurtangan Putrajaya.
"KTMB dimiliki Kementerian Kewangan dan kami akan menyerahkan memorandum rayuan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyelesaikan isu ini," katanya.
Razak berkata, lapan pekerja yang dipecat semalam dan 16 yang digantung merupakan sebahagian 110 ahli kesatuan yang menunggu nasib mereka kerana menyertai piket pada 9 Mei, mendesak Presiden KTMB Datuk Elias Kadir meletak jawatan.



No comments: