» » Kilafairy Tidak Pernah Bercinta Sebelum Ini


Meskipun pelakon Kilafairy dan pelakon dari Indonesia , Hardy Hartono seperti sedang bercinta, namun Kila tidak mahu meletakkan perhubungan mereka sebagai sepasang kekasih. Dia lebih selesa melabelkan statusnya bersama Hardy sebagai teman rapat.

Pelakon berusia 22 tahun ini akui sebelum ini dia tidak pernah bercinta dan Hardy merupakan lelaki pertama yang paling lama dikenalinya selama tiga tahun.

“Memang saya langsung tidak pernah bercinta. Kalau tak percaya, tanya mama saya. Sebenarnya Hardy bukan taste saya kerana saya lebih suka lelaki seperti ‘abang-abang’. Hardy pula baby face.

“Tetapi saya suka dengan perwatakan dia yang pentingkan keluarga. Boleh dikatakan dia seorang family man.

“Sekarang ini pun Hardy yang menjaga ibu dan dua adik perempuannya. Bagi saya dia seorang yang bertanggungjawab,” katanya kepada Mangga Online ketika ditemui pada majlis pelancaran web siri drama terbaru Hanya Satu terbitan Tonton.

Jelas Kila, dia tidak mahu memberitahu kepada umum sekiranya hubungan mereka belum pasti ke jinjang pelamin.

“Buat masa sekarang biarlah orang tahu yang kami hanya berkawan. Kalau kami betul-betul jadi, saya nak terus kahwin saja. Tak perlu tunang sebab membazir,” ujarnya seloroh.

Dalam pada itu, perhubungan jarak jauh tidak menghalang mereka untuk berjumpa kerana Hardy selalu datang ke Malaysia atas urusan kerja.


“Kami masih lagi berhubung dan baru minggu lepas berjumpa. Itupun dia datang ke Malaysia atas urusan kerja. Selalunya dia datang sebab ada photoshoot.

“Kalau saya nak ke Indonesia berjumpa dengan dia, memang tak boleh kecuali pergi bersama mama. Ayah saya memang tak izinkan kalau pergi seorang diri. Lagipun saya sibuk dengan kerja,” katanya.

Sementara itu, Kila kini menjayakan watak utama gandingan bersama Syarif SleeQ dalam web siri Hanya Satu yang turut menampilkan Qhaud Rashid, Fezrul Khan serta artis jemputan iaitu Altimet, Anzalna Nasir, RJ dan Raja Farah.

Drama tersebut bakal disiarkan di www.tonton.com.my bermula 15 September hingga 17 September, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 12.00 tengah hari.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .