» » 'Jihad seks tak perlu fatwa'


Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menegaskan tiada keperluan mengeluarkan fatwa khas mengenai jihad seks kerana ia jelas bertentangan dengan syariat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata hubungan seks bebas sememangnya dilarang dalam Islam, maka pengeluaran fatwa mengenainya adalah dilarang.

"Sebenarnya kita sedia maklum ia tidak memerlukan fatwa kerana seks (bebas) dan sebagainya salaj. Tidak perlu fatwa, hubungan seks (bebas) ini mana boleh. Tidak payah sebut kata fatwa. Dah tidak boleh dah.

"Kalau tunggu fatwa, bagi yang tidak ada dalam hukum. Perkara yang sudah ada dalam hukum memang tidak dibenarkan," katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis Konvokesyen Picoms kali ke-2 di PWTC.

Minggu lalu, The Malaysian Insider mendedahkan terdapat wanita Malaysia yang pergi ke luar negara bagi 'berkhidmat' kepada pejuang di negara Islam yang sedang bergolak.

Pegawai kanan risikan berkata wanita Malaysia dipercayai menyertai pasukan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) untuk menawarkan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual .

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .