» » Hawa masih rindu menyanyi


Masih ingatkan dengan penyanyi lagu Melodi Kasih dan Bisa Semalam, Hawa? Kalau tak ingat Hawa ialah adik kepada penyanyi Wann.

Dah lama Hawa menyepi. Album Melodi Kasih diterbitkan pada tahun 2000. Selepas itu dia terus senyap daripada publisiti. Selepas bercerai dengan suami pertama, Hawa terus hilang.

Pada masa itu dia mahu lari daripada media kerana tak mahu bercerita pasal kisah rumah tangganya. Dia tidak mahu kisah-kisah rumah tangga mengganggu anaknya yang sedang membesar ketika itu. Anak sulungnya Fachrunnisa kini dan berusia 15 tahun.

Ahad lalu secara tidak sengaja, wartawan Mangga Online terserempak dengan Hawa atau nama sebenarnya Wan Salmiah Meor Abdul Rashid, 35.

Hawa kini dah berimej baru dengan berhijab. Dia sedang hamil dan bersama seorang anak kecil berusia setahun empat bulan.

Wajahnya masih tak berubah dan Hawa juga masih mesra sebagaimana dahulu. Nama-nama rakan media yang pernah rapat dengannya menjadi sebutan bila berbual pasal kisah-kisah masa lalu.

“Alhamdulillah saya sedang bahagia dengan suami kedua. Dia orang biasa sahaja, seorang instruktor kecergasan,” katanya pasal suami kedua, Faisol Darus, jejaka dari Padang Besar, Perlis.

Hawa akui masih minat dan rindu dengan nyanyian apatah lagu suaminya juga tidak pernah menghalang minat tersebut. Dia dijangka bersalin hujung tahun ini dan selepas itu akan mencorak aktiviti untuk kembali aktif menerima undangan.

“Sebenarnya selepas bercerai dulu saya aktif menyanyi di kelab, tapi saya tak mahu menguar-uarkannya. Dah lama dah saya berhenti menyanyi di kelab. Banyak juga kerja yang saya buat termasuk jadi instruktor kecergasan persendirian khusus untuk wanita,” kata Hawa.

Dia sendiri pernah aktif dengan gimnasium dan di situlah dia bertemu dengan insruktornya, Faisol yang kini menjadi suaminya

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .