Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata kedua-dua guru berusia 48 dan 51 tahun itu ditahan di Bedong, Kedah pada jam 5 petang semalam bagi membantu siasatan.
"Setakat ini, 14 orang yang ditahan adalah 12 guru, seorang agen insurans dan seorang jurutera," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Polis turut merampas gajet komunikasi milik kedua-dua guru itu.
Sehingga kini, seramai 22 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), masing masing seorang wartawan, ejen insurans dan jurutera dan 13 guru.
Kelmarin, seorang guru wanita berumur 26 tahun ditahan di Labis, Johor dan seorang guru lelaki berumur 31 tahun ditahan di Nilai, Negeri Sembilan.
Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya Khamis lepas manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar mendudukinya pada hari yang sama.
Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baru peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.
No comments: