» » 'Dua guru dibebaskan, dua lagi direman esok'



Dua daripada empat orang guru yang ditahan hari ini berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan direman esok sekiranya kertas siasatan tidak dapat dilengkapkan dalam tempoh 24 jam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata dua orang guru lagi dibebaskan atas jaminan polis selepas diambil keterangan mereka.

"Daripada empat orang yang ditahan, dua orang masih ditahan untuk siasatan lanjut dan sekiranya siasatan tidak dapat dilengkapkan dalam masa 24 jam, mereka akan direman esok di Putrajaya," katanya ketika dihubungi.

Polis menahan empat guru berusia lingkungan 30 dan 54 tahun dalam serbuan di Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak petang tadi berhubung kes kebocoran soalan UPSR bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .