» » Di Maria Pamerkan Aksi Mengapa Manchester United Sanggup Belanjakan £60 Juta


AKSI cemerlang Angel di Maria memberi bayangan bahawa sesuatu akan berlaku pada masa akan datang apabila dia membantu Argentina menewaskan Jerman yang juga juara Piala Dunia pada aksi persahabatan antarabangsa di Esprit-Arena in Dusseldorf, Jerman, awal pagi Khamis.

Pada perlawanan itu Di Maria menjaringkan satu gol dan mencorakkan tiga lagi gol untuk disempurnakan rakan pasukannya.

Pemain tengah yang menandatangani kontrak bersama Manchester United itu membantu mengatur gol yang disempurnakan, Sergio Aguero, Erik Lamela dan Federico Fernandez sebelum menjaringkan gol peribadinya.

Kemenangan itu sekali gus dianggap sebagai misi membalas dendam terhadap Jerman, 52 hari selepas menjuarai Piala Dunia di Brazil.

Lima daripada enam gol di Dusseldorf disempurnakan oleh pemain Liga Perdana Inggeris, dengan Andre Schurrle membuat jaringan untuk Jerman sebelum Götze melengkapkan gol kedua.

Namun, Di Maria diangkat sebagai bintang dalam perlawanan ini apabila berjaya meletakkan pasukannya didepan seawal minit ke-20 sebelum pasukan tuan rumah bangkit pada babak kedua.

Pemain bernilai £60 juta itu mempamerkan prestasi sebenarnya dengan memperdaya penjaga gol simpanan Roman Weidenfeller dengan rembatan bertenaga untuk mengaibkan juara dunia itu di tempat sendiri.

Schurrle dan Götze, perancang kepada kemenangan Jerman di Maracana, menjaringkan gol untuk menjadikan keputusan lebih dihormati.

Namun, kemenangan tetap berpihak kepada Argentina walaupun berdepan tekanan sehingga wisel penamat.

Di Maria yang terlepas untuk beraksi pada akhir Jun akibat kecederaan, membuatkan peminat Argentina tertanya-tanya mengenai sebarang kemungkinan yang berlaku. "Ia tidak boleh jadi satu 'balas dendam'," kata jurulatih Jerman Joachim Low.

"Anda tidak boleh membawa kembali perlawanan di peringkat final."

Dengan ketiadaan Lionel Messi akibat kecederaan di kaki kanan, Di Maria memainkan peranan penting bersama Aguero pada minit ke-21, Lamela (40) dan Federico Fernandez yang menyumbat gol dua minit selepas babak kedua bermula."Di Maria menunjukkan mengapa dia adalah salah seorang daripada lima pemain terbaik di dunia," kata jurulatih Argentina Gerardo Martino.

Di Maria, yang melengkapkan perpindahan ke Manchester United dari Real Madrid minggu lalu, mempamerkan kehebatan prestasinya pada minit ke-50 apabila menyumbangkan gol hasil hantaran ketua pasukan Javier Mascherano.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .