Blogger seks Alvin Tan, 26, yang kini melarikan diri daripada diburu pihak berkuasa Malaysia dan Singapura mendakwa kini berada di Amerika Syarikat bagi mendapatkan perlindungan suaka politik.
Beliau bersama pasangannya, Vivian Lee, 25, berdepan tuduhan jenayah mengikut Akta Hasutan selain Akta Penapisan Filem kerana memuat naik bahan kontroversi di Internet, termasuk gambar menghina umat Islam di laman Facebook, lapor Channel News Asia (CNA).
Pasangan yang dikenali sebagai “Alvivi” itu dituduh melakukan perbuatan berunsur hasutan dengan memuat naik gambar mereka di Facebook sedang menikmati bak kut teh (sup herba babi) dan mengucapkan “Selamat Berbuka Puasa” ketika bulan Ramadan.
Bercakap kepada koresponden CNA melalui akaun Facebook peribadi yang disahkan wartawan penyiaran itu milik Tan, beliau berkata: "Saya kini sibuk memulakan hidup baru (di Amerika Syarikat) selain menanti perbicaraan akhir permohonan suaka saya. Saya di sini untuk mencari perlindungan politik daripada kezaliman Umno – semudah itu."
Katanya, beliau mula-mula memohon suaka politik daripada pihak berkuasa Amerika Syarikat pada bulan Mei selepas mula hilang daripada pandangan umum susulan pembikinan sebuah dokumentari di Singapura.
CNA melaporkan Alvin yakin Amerika Syarikat akan meluluskan permohonannya, sekiranya tidak, beliau tiada pilihan lain kecuali terus memuat naik "bahan berunsur hasutan" di Internet bagi menguatkan kesnya.
"Jabatan Negara AS mengeluarkan Laporan Hak Asasi pada 2013 tentang Malaysia yang dengan jelas menyebut kes saya adalah penindasan hak bersuara di Internet," katanya kepada CNA.
"Kalau semuanya gagal, saya dengan senang akan muat naik lebih banyak bahan berunsur hasutan pada laman Facebook saya untuk 'mengejek' pihak berkuasa dan buat mereka marah dan kejar saya lagi. Ini akan mewujudkan ketakutan lebih berasas tentang penganiayaan politik di negara ini dan menguatkan lagi tuntutan saya," katanya.
Tan dan Lee mencetuskan kontroversi pada Oktober 2012 apabila menyiarkan imej pornografi dalam blog mereka.
Alvin yang belajar perundangan di Universiti Kebangsaan Singapura dibiayai satu biasiswa dari Asean kemudian digugurkan daripada pengajiannya.
sumber




No comments: