» » 'Bentang Akta Keharmonian Nasional secepat mungkin untuk hapus ketakutan'


Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional perlu dibentangkan ke Parlimen secepat mungkin bagi meredakan ketakutan mereka yang dikenakan dan menentang Akta Hasutan 1948 kata putera Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz berkata, mereka yang mahu memansuhkan undang-undang tersebut seperti 701 ahli Majlis Peguam Malaysia bertindak mengundi pada Jumaat lepas dan mengambil keputusan berarak secara aman bagi menentang undang-undang tersebut kerana perasaan marah terhadap penahanan besar-besaran mengikut Akta Hasutan.

‎"Pada sisi lain, ada mereka yang mahu mengekalkan akta tersebut kerana bimbang tiada kawalan undang-undang dan akan menyebabkan berlakunya penghinaan kaum dan agama secara berleluasa hingga mencetuskan keganasan," kata presiden pengasas Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) ketika menyampaikan syarahan ketiga Memorial Raja Aziz Addruse petang semalam.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .