Kerajaan dijangka tidak akan mengumumkan pendekatan tidak popular dalam Bajet 2015 yang akan dibentangkan di Parlimen 10 Oktober nanti, kata Tan Sri Nor Mohamed Yakcop .
Menurut Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad itu, bajet dipercayai akan menggariskan peruntukan untuk memenuhi kepentingan rakyat dalam isu yang dekat di hati mereka.
Beliau menafikan sekeras-kerasnya ura-ura mengenai kerajaan akan melaksanakan banyak keputusan yang tidak popular dalam bajet itu yang tidak memihak pada rakyat.
"Belanjawan ini secara asasnya saya jangkakan akan mempunyai kepentingan yang dekat dengan hati rakyat," kata bekas Menteri Kewangan Kedua itu dalam satu majlis di Kuala Lumpur hari ini.
"Kerajaan adalah untuk rakyat. Ini bermakna, ia mesti dekat dengan isu yang dihadapi masyarakat. Apa sahaja yang dibuat kerajaan, meskipun dalam jangka masa panjang, hanya untuk kebaikan rakyat," katanya.
Pada majlis itu, Nor yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri melancarkan buku bertajuk 'Enduring Truths From Statement and Words of Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Our Beloved Bapa Malaysia.'
Bajet 2015 dijangka akan paling mendapat tumpuan kerana merupakan belanjawan terakhir di bawah Rancangan Malaysian ke-10 (RMK10).
Selain itu, April 2015 juga menyaksikan kerajaan bakal melaksanakan cukai perkhidmatan dan barangan (GST).
Meskipun pelaksanaan itu menerima banyak bantahan daripada rakyat kerana bimbang peningkatan kos sara hidup, namun Putrajaya dilihat hebat melaksanakan kempen cukainya hingga ke peringkat akar umbi apabila menyatakan tidak semua barang akan disenaraikan dalam kategori pembayaran GST.
Bagaimanapun baru-baru ini rakyat dikejutkan dengan pendedahan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mendakwa akan berlakunya peningkatan harga petrol dan diesel apabila GST dilaksanakan.

No comments: