» » 'Amalkan apa yang kamu cakap'


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta melaksanakan apa yang diucapkan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menentang segala keganasan golongan pelampau Isis di Syria dan Iraq di negara sendiri.

Melalui laman sosial Twitter, mereka menyifatkan Najib gagal di negara sendiri dalam mengekang keganasan dan tindakan tidak adil.

Pengarah Eksekutif Peguam Untuk Kebebasan, Eric Paulsen melalui Twitternya menulis @NajibRazak berkata yang betul di PBB tetapi gagal sepenuhnya di negara sendiri Malaysia.

"Umno, Isma, Perkasa, Utusan, Jakim, Jais adalah contoh pelampau yang dilihat oleh semua orang."

Beliau menambah: "Di PBB @Najib Razak mencadangkan kedamaian & kesederhanaan tetapi tidak ada sikap sebegitu di Malaysia- semuanya diuruskan menggunakan Akta Hasutan."

Ia diikuti oleh respon dari pengikut Twitter beliau, People Power yang menggunakan akaun @peoplepowerr yang menulis: "Dia jaguh dunia tetapi bukan jaguh kampung."

Seorang lagi pengguna Twitter, Hafiz Noor Shams mengingatkan Najib tentang kenyataan beliau sebelum ini dengan menggunakan akaun @_earth: "Najib di PBB, Kami anti Isis. Najib bersama Umno: Kita patut contohi keberanian Isis."

Najib ketika meraikan majlis makan malam 25 tahun penubuhan Umno Cheras Jun lalu meminta ahli partinya mencontohi pertubuhan yang memanggil sendiri Isis kerana mereka berjaya mengalahkan tentera Iraq walaupun jumlah mereka jauh lebih kecil.

Sementara itu, peguam hak asasi manusia Latheefa Koya juga menggunakan Twitter hari ini dengan berkata: “Najib menggesa masyarakat global untuk mengalahkan keganasan & sikap tidak bertoleransi agama - hello? Ada kenal Isma & Perkasa?”, merujuk kepada kedua-dua kumpulan hak Islam dan Melayu di Malaysia.

Bekas de facto menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim juga menulis melalui Twitter @zaidibrahim: “PM dengan wajah manis; bercakap tentang idea-idea yang berbahaya meresapi dunia Islam di New York. Apabila pulang semula, adakah dia akan mengulanginya di Pekan?"

Najib memberitahu PBB bahawa militan Isis memusnahkan kehidupan dan menjadikan masyarakat tidak stabil dan rapuh serta mengancam keselamatan serantau.

"Kami menolak apa yang dipanggil Negara Islam. Kami menolak perkara yang ditakrifkan oleh ekstremisme. Dan kami mengutuk keganasan yang dilakukan atas nama Islam.

"Kita tahu bahawa ancaman kepada keamanan dan keselamatan dunia bukan Islam, tetapi ekstremisme, tidak bertolak ansur, keganasan dan militan. Tindakan militan ini adalah di luar hati nurani dan kepercayaan.

“Mereka melanggar ajaran Islam, contoh yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad dan prinsip undang-undang Islam."

Najid berkata dalam ucapannya bahawa terdapat perkara-perkara utama yang dunia perlu lakukan untuk mengalahkan keganasan dan sikap tidak bertoleransi agama di Iraq dan Syria.

"Pertama, keselamatan dan kenegaraan mesti dikembalikan kepada rakyat Syria dan Iraq.

"Kedua, kita mesti mengejar politik yang berbeza... Kita mesti memecahkan kitaran di mana satu kumpulan mendapat kuasa hanya untuk menggunakannya terhadap yang lain... Oleh itu, kita harus komited untuk politik yang lebih inklusif.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .