Perasan gembira tidak dapat diungkap apabila dia diberitahu dapat berlakon bersama barisan pelakon yang sememangnya hebat-hebat belaka.
“Pengalaman bekerjasama dengan mereka adalah satu perkara paling bermakna. Boleh dikatakan saya dikelilingi pelakon ‘superstar’ sepert abang Awie, Fizz Fairuz serta Shaarnaz. Tetapi mereka tidak pernah memandang saya kecil.
“Kalau saya blur mereka akan bantu. Kabir juga banyak bantu saya dalam menjiwai watak. Bagi saya sepanjang berada di set penggambaran, saya tidak pernah berasa stress. Semua bergelak ketawa sewaktu di set walaupun berlakon dalam bulan puasa,” katanya kepada Mangga Online.
Pelakon berusia 24 tahun ini sememangnya ada tercalit rasa bimbang kerana risau membuat kesilapan. Perasaan gementar tidak pernah hilang setiap kali datang ke set penggambaran.
Namun segala tunjuk ajar yang diberikan membuatkan dirinya terus bersemangat untuk memberikan yang terbaik.
“Cabaran utama saya dalam filem ini adalah saya sangat takut jika buat silap kerana saya dikelilingi pelakon hebat. Alhamdullilah, apabila masuk set mereka semua sangatbest! Tambahan pula dapat berlakon dengan abang Awie. Dia sangat relax dan selamba.
“Antara babak yang paling saya suka adalah ketika saya dikehendaki pukul orang. Waktu itu saya diberi peluang pukul sesuka hati!” katanya ketawa.
Tambahnya lagi, dia sangat bertuah kerana dapat bekerjasama dengan pengarah terkenal Kabir Bathia. Ini kerana mereka diberi kebebasan dan ruang untuk menjiwai watak masing-masing.
Bagi Aisya itu adalah pengalaman paling bermakna kerana tidak ramai pelakon yang dapat merasai bekerjasama dengan Kabir.
sumber




No comments: