» » 60% kakitangan awam yang gaji RM3 ribu sebulan dan ke bawah tiada rumah sendiri


Apabila difikirkan semula, siapalah yang memberikan “buah fikiran” dangkal contohnya sebelum ini undang-undang supaya pembeli asing hanya layak membeli rumah melebihi RM500,000 bagi Berita Semasa adalah undang-undang yang telah menindas rakyat yang berpendapatan serdahana dan rendah.

Terutamanya yang tinggal di bandar-bandar besar di Malaysia. Akhirnya adakah undang-undang tersebut berjaya melindungi rakyat marhaen atau tidak?

Tidak sama sekali lagi, malah undang-undang tersebut dilihat sebagai “peluru hidup” kepada pemaju bagi mendapatkan “lesen secara halal” di mana secara mudah mereka boleh menaikkan dan membangunkan projek-projek melebihi RM500,000.

Bukan sahaja tidak selesai, malah bertambah teruk lagi.

Natijahnya kebanyakan projek-projek baru telah diletakkan pada paras permulaan harga yang tinggi, kebanyakannya bermula lebih RM500,000.

Selain rakyat Malaysia umumnya, kalangan kakitangan awam turut terasa melalui satu kajian yang diperolehi daripada Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) apabila mendapati sebenarnya , 60 peratus kakitangan awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan tidak mampu memilki rumah sendiri.

Adakah anda juga salah seorang yang tergolong dalam kategori ini?

Masih ramai lagi sebenarnya yang tidak mempunyai rumah sendiri sebenarnya.

Hakikatnya hari ini 60% penjawat awam yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan masih lagi tidak mampu memilki rumah sendiri.

Itu angka dan kajian yang diperolehi melibatkan kakitangan awam.


Bagaimana pula dengan kakitangan swasta?

Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor mencadangan pihak kerajaan mengambil perhatian serius dengan cara pertamanya, mengurangkan kadar faedah pinjaman 4% yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada satu peratus.

Dan keduanya adalah kenaikan gaji kakitangan awam naik disegerakan bagi mengimbangi kenaikan harga rumah di Malaysia sekarang ini.

Kenaikan Harga Rumah di Malaysia : Cadangan Bendung Lonjakan Harga?

Nak bendung harga rumah di Malaysia tidak sesukar mana.

Contohnya, apa yang perlu dilaksanakan ialah :

Kenakan RPGT 75%

Kenaikan harga hartanah kediaman berpunca daripada pembelian spekulatif. Apabila kerajaan melonggarkan cukai keuntungan harta (RPGT) ekoran krisis ekonomi, ia mencetuskan aktiviti spekulatif yangmeningkatkan harga menjadi semakin lebih tinggi. Sedangkan RPGT sebelum 2007 adalah 30 peratus untuk mereka yang menjual hartanah mereka dalam tempoh setahun pembelian.

Hadkan tempoh pinjaman rumah setakat 25 tahun sahaja.

Ini ada yang Berita Semasa perhatikan sehingga 40 tahun pun khas untuk kakitangan kerajaan. Agak-agaknya kalau boleh dipanjangkan kepada 3 generasi (70 tahun) pun mereka akan buat. Tidak mustahil.

- Kerajaan mesti hadkan pembelian secara pukal oleh syarikat-syarikat hartanah ini daripada bolot semua rumah/lot kedai di kawasan perumahan baru, kemudian mereka letakkan iklan untuk dijual dengan harga yang lebih tinggi.

Bila ada individu yang benar-benar nak beli, pemaju kata dah habis. 

Hakikatnya sold out kepada geng-geng hartanah. Penyudahnya, geng-geng hartanah buat untung atas angin dengan jual semula rumah-rumah tersebut dengan harga yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan manipulasi. Dan manipulasi sebegini perlu dihentikan segera

Pemilikan rumah oleh warga asing ditutup buat masa ini

Akhir sekali, kerajaan perlu sediakan satu mekanisme dengan mengetatkan syarat rumah untuk PR

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .