» » Van Persie Diarah Tingkatkan Kecergasan


ROBIN van Persie tidak akan dibenarkan beraksi bersama Manchester United untuk perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris pada 16 Ogos ini jika tidak cergas sepenuhnya.

Berikutan itu, pengendali United, Louis van Gaal mengarahkan pemain tersebut meningkatkan kecergasan terlebih dahulu sekiranya ingin turun sebagai penyerang ketika bertemu Swansea.

Van Persie diberikan tempoh bercuti dan tidak mengikuti jelajah skuadnya ke Amerika Syarikat kerana terlibat membantu Belanda pada saingan Piala Dunia lalu.

Penyerang berusia 31 tahun itu dijangka tiba untuk melapor diri di Kompleks AON United pada Isnin sebelum Liga Perdana Inggeris membuka tirai.

Van Persie yang sedang mengalami kecederaan perlu meningkatkan kecergasan sepenuhnya dan membuktikan kemampuan diri dalam perlawanan persahabatan bertemu Valencia pada 12 Ogos sebelum dipilih sebagai penyerang utama United.

Hal ini kerana, Van Gaal kelihatan selesa dan kagum dengan aksi yang dipamerkan Wayne Rooney sepanjang saingan Piala Juara Antarabangsa yang sedang berlangsung.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .