» » 'Pemecatan serta-merta Exco Selangor tidak sah'


Pemecatan serta merta 6 Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah tidak sah dan terbatal, kata pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Prof Gurdial S Nijar.

Dalam satu kenyataan, Gurdial berkata pemecatan serta-merta itu tidak sah dari segi undang-undang.

"Hanya Sultan yang boleh memecat anggota Exco, menteri besar boleh mencadangkan, namun ia boleh diterima atau ditolak," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider petang ini.

"Pemecatan serta-merta tidak sah dari segi undang-undang," kata Gurdial.

Pakatan Rakyat (PR) hari ini kehilangan kerajaan Selangor apabila Khalid memecat kesemua anggota Exco PKR dan DAP.

Lima daripada Exco yang terlibat menerima surat pemecatan mereka, sementara Exco PKR Rodziah Ismail berada di luar negara.

Tindakan Khalid ini meninggalkan beliau dengan 4 Exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor.

Gurdial berkata, pemecatan itu tidak sah apabila anggota Exco yang dipecat tidak diberi peluang bersuara.

"Hujah Khalid memecat kesemua 6 anggota Exco juga tidak berasas dan ada kelompangan dari aspek perundangan," katanya.

Khalid berkata, kesemua 6 Exco dari DAP dan PKR itu membuat beberapa kenyataan dan menandatangani surat supaya diadakan satu blok yang bertujuan mengurangkan keberkesanan Exco.

"Oleh itu saya menulis surat kepada sultan meminta supaya Exco ini tidak meneruskan kerjanya kerajaan negeri Selangor," kata Khalid kepada pemberita.

Gurdial berkata, kesemua anggota Exco itu dalam kenyataan yang dipecat hari ini berkata, Khalid tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian, kata 6 Exco berkenaan.

Mereka menghormati keputusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengekalkan Khalid sebagai menteri besar, tetapi "ia hanyalah dalam kapasiti peralihan."

"Sebarang keputusan Exco perlulah diundi supaya fungsi Khalid dihadkan kepada kapasiti peralihan.

"Kami, ahli Exco dari PKR dan DAP tidak akan berjumpa dengan Khalid, kecuali di mesyuarat mingguan Exco untuk mengelakkan sebarang perbincangan mengenai kedudukan parti masing-masing," katanya.

Dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan hari ini, mereka berkata mereka akan meneruskan tugas harian sehinggalah menteri besar baru dilantik menggantikan Khalid.

Ahli Exco yang dipecat Khalid adalah Datuk Teng Chang Kim (Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan), Rodziah Ismail (Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita), Ean Yong Hian Wah (Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram), Elizabeth Wong (Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar), Dr Daroyah Alwi (Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Ganabatirau Veraman (Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin).

"Exco hanya mengeluarkan kenyataan menurut titah sultan dan akan bertindak berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri," kata Gurdial.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .