» » 'PAS mahu Azmin sebab istana enggan terima Wan Azizah'


Exco Hal Ehwal Islam Selangor Sallehen Mukhyi berkata tindakan PAS mencalonkan nama Pengerusi PKR Selangor Mohamed Azmin Ali kerana enggan melawan kehendak istana yang tidak menerima Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar Selangor.

"Memang kita tidak setuju Dr Wan Azizah bukan kerana dia perempuan, tetapi kerana kita dimaklumkan istana tidak memperkenankan Dr Wan Azizah.

"Tetapi mungkin ini satu percubaan dibuat secara rasmi untuk hantar nama Dr Wan Azizah, lebih daripada itu saya tidak mahu komen," katanya kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR dicalonkan PAS sebagai calon kedua semalam, tetapi Pakatan Rakyat (PR) selepas bermesyuarat bersetuju hanya nama Dr Wan Azizah yang akan dikemukakan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah nanti.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .