» » Man United Sasar Alex Song Jika Gagal Dapatkan Vidal


MANCHESTER United dilaporkan bersedia untuk mendapatkan pemain tengah Barcelona, Alex Song jika usaha mereka bagi menandatangani pemain Juventus, Arturo Vidal gagal.

The Red Devil sebelum ini telah membuat perbincangan terbuka mengenai pemindahan bintang Chile bernilai £45 juta tetapi United perlu meneliti beberapa perkara sebelum membuat keputusan akhir.

Hal ini kerana, pengendali United, Louis van Gaal mengambil berat mengenai tahap kecergasan Vidal berikutan rekod kecederaan lutut dan pergelangan kaki yang dialami pemain terbabit.

Pemain berusia 27 tahun itu dilaporkan telah mendapatkan pengesahan mengenai kecederaan yang telah pulih tetapi van Gaal turut meletakkan Song sebagai pilihan seterunya.

Bekas pemain Arsenal itu gagal tampil sebagai pemain tengah utama sejak berhijrah pada 2012 ke Barcelona. Bagaimanapun dia masih tampil dengan aksi memberangsangkan ketika mewakili Cameroon.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .