» » 'Malaysia kukuh untuk capai sasaran negara berpendapatan tinggi'


Malaysia kini dalam kedudukan kukuh untuk mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi, iaitu AS$15,000 per kapita menjelang 2020, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

"Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita meningkat secara berterusan daripada AS$7,059 pada 2009 kepada AS$10,060 pada 2013, mewakili pertumbuhan 42.5% dalam tempoh berkenaan," kata Idris, yang juga ketua pegawai eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dalam satu kenyataan hari ini.

Ekonomi Malaysia menempuh keadaan ekonomi luaran yang mencabar untuk mencatat pertumbuhan berterusan, mengekalkan aktiviti ekonomi dan peluang pekerjaan pada tahap cergas sejak pelancaran Program Transformasi Baharu empat tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, ekonomi Malaysia mengekalkan trajektori pertumbuhan dalam suku kedua 2014 pada 6.4%, kadar pertumbuhan tertinggi tahun ke tahun sejak 2011.

Beliau berkata, Malaysia dalam kedudukan baik dalam mengurangkan defisit daripada 6.6% pada 2009 kepada 3.9% pada 2013 manakala mengekalkan hutang awam sebagai peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di bawah siling hutang 55%.

Akaun semasa dalam imbangan pembayaran juga sihat dengan lebihan sebanyak RM37 bilion untuk 2013 dan terus meningkat kepada RM36 bilion pada separuh pertama 2014.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Program Transformasi Ekonomi menghasilkan keputusan baik dan ia akan berterusan untuk beberapa tahun lagi.

Menurutnya, ini dapat dilihat melalui peningkatan berterusan ranking daya saing antarabangsa Malaysia, iaitu keenam dalam Laporan Kemudahan Menjalankan Perniagaan 2014 oleh Bank Dunia dan tempat ke-12 dalam Buku Tahunan Daya Saing Dunia oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) New Zealand - yang membantu Malaysia untuk menjadi destinasi pelaburan yang digemari.

Mustapa berkata, pelaburan yang diluluskan telah meningkat kepada RM216.5 bilion pada 2013 berbanding RM167.8 bilion (2012) dan RM154.6 bilion pada 2011.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .