Malaysia dan New Zealand membincangkan prosedur undang-undang diperlukan bagi membolehkannya dilaksanakan menurut undang-undang antarabangsa dan domestik, menurut kenyataan ringkas kementerian luar hari ini.
“Kedua-dua pihak, Malaysia dan New Zealand, komited bagi memastikan usaha menghantar Muhammad Rizalman kepada pihak berkuasa New Zealand dilakukan dengan bijaksana, lancar dan menurut proses undang-undang serta menghormati hak-hak asasi beliau,” kata kementerian.
Rizalman ditahan polis di Wellington pada 9 Mei atas tuduhan pecah rumah dan cubaan melakukan serangan seksual terhadap gadis tempatan 21 tahun Tania Billingsley.
Rizalman didakwa di sebuah mahkamah New Zealand pada hari berikutnya, dengan tuduhan pecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol.
Beliau bagaimanapun kemudian dibawa pulang menggunakan kekebalan diplomat ke negara ini dan pihak berkuasa Malaysia berjanji akan menghantarkannya semula ke negara kiwi itu untuk dibicarakan.
No comments: