Datuk Seri Najib Razak silap. Kritikan pedas Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya dua minggu lepas dan tindakan bekas perdana menteri itu menarik kembali sokongannya bukan urusan Umno.
Begitu juga sekiranya ada rasuah dan kegiatan membeli undi oleh pemimpin kanan Umno, ia tidak dinamakan politik wang dan harus ditangani oleh Umno.
Senarai aduan panjang Dr Mahathir terhadap Najib menyentuh secara langsung pentadbiran negara.
Ia tiada kaitan dengan sama ada pemimpin muda berbakat dibenarkan mengambil tempat dalam Umno atau mesyuarat bahagian berjalan seperti dikehendaki.
Kritikan Dr Mahathir disasarkan tepat kepada seorang pemimpin negara. Pada pandangannya, perdana menteri lemah dan tidak nampak isu yang dekat di hati kebanyakan rakyat.
Contohnya, katanya tindakan Najib memberi wang tunai kepada rakyat di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hanya memberi kelegaan sementara tetapi boleh membentuk satu budaya yang bahaya.
Dr Mahathir juga berkata hubungan antara kaum dan agama di negara ini berada di tahap membahayakan, lalu dia menyalahkan dasar Najib dan tiadanya tindakan diambil menangani keadaan terdesak itu.
Ada sesuatu yang ironis di sini memandangkan Dr Mahathir ialah penaung Perkasa yang mula berkembang selepas pilihan raya umum 2008, dan sekarang aktif melaungkan seruan provokatif di bawah pentadbiran Najib.
Kemudian, terdapat juga rungutan yang pentadbiran negara dikatakan menjadi hamba kepada negara luar dan dengan mudah bersedia untuk mengikat perjanjian perdagangan yang tidak menguntungkan Malaysia.
Ini merupakan tuduhan serius melibatkan kesejahteraan sesebuah negara, bukan parti politik.
Jadi, yang terbaik ialah untuk perdana menteri membebaskan dirinya daripada tanggapan yang serangan Dr Mahathir merupakan urusan Umno. Malaysia bukan Umno dan Umno bukan Malaysia.
Dengan mengatakan ia "soal dalaman Umno" tidak akan menghilangkan sengat dari kritikan Dr Mahathir.
Najib dan kerajaannya harus menangani setiap perkara dibangkitkan Dr Mahathir secara terbuka, bukan menyembunyikannya sebagai urusan dalaman parti. Tambahan pula, Dr Mahathir mengasaskan Umno Baru dan lebih tahu sama ada kritikannya ialah tentang parti atau kerajaan.
Ini bukan tentang Umno – kalau benar, Dr Mahathir terpaksa keluar parti sekali lagi. Ini tentang Malaysia.
sumber

No comments: