» » 'Hishamudin kata Najib Razak iaitu sepupunya seorang yang berani’


Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mempertahankan sepupunya, Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang pemimpin yang berani selepas dikritik Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Hishammuddin membuat perbandingan ketika Najib mengendalikan krisis MH17 baru-baru ini di mana kemampuannya sebagai pemimpin teruji.

"Kalau Najib tidak buat tindakan berani berdepan dengan pemisah, tidak mungkin saya mampu berdiri hari ini untuk uruskan ketibaan jenazah," kata Hishammuddin yang dipetik dalam Malaysiakini selepas taklimat MH17 di Kementerian Pertahanan hari ini.

Malah, kepimpinan Najib juga mendapat pujian pemimpin dunia besar lain kerana dapat menyelesaikan krisis MH17 dengan puak pemisah.

"Tanya sama ada Obama mampu lakukan, tanya sama ada Putin mampu lakukan. Kalau itu tidak boleh dinilai orang ramai, ia amat menyedihkan," katanya merujuk kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Presiden Rusia Vladimir Putin.

Namun, kritikan Dr Mahathir terhadap perdana menteri adalah pandangan peribadi, kata Hishamuddin yang menghormati pendirian bekas perdana menteri paling lama tersebut.

"Pada masa yang sama, saya tidak mahu aibkan pandangan Mahathir kerana dari dulu lagi beliau ada pendirian dan pandangannya sendiri," katanya.

Semalam, Dr Mahathir dalam tulisan blognya berkata beliau menarik balik sokongan kepada Najib dan mendakwa tegurannya kepada pemimpin itu sebelum ini tidak diendahkan.

"Saya tidak ada pilihan selain menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur," kata Dr Mahathir.

Beliau bagaimanapun berkata kemudiannya, kritikannya terhadap Najib bukanlah isu peribadi, dan bukan gesaan supaya pemimpin itu meletakkan jawatan.

"Tidak, saya tidak minta beliau letak jawatan, saya cuma tidak bersetuju dengan polisi beliau," kata Dr Mahathir sambil menambah, Najib terlalu lembut dan lebih suka mendiamkan diri ketika berhadapan dengan masalah.

"Beliau terlalu lembut dengan semua orang, kadangkala tidak respons, senyap... ada masalah tetapi tidak ambil tindakan.

"Beliau tidak buat dengan baik dalam pilihan raya lepas. Saya harapkan beliau buat lebih baik," katanya.

Awal hari ini, The Malaysian Insider melaporkan akhbar utama Malaysia senyap berkenaan kritikan Dr Mahathir terhadap pentadbiran dan polisi Najib.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .