» » Erin Malek Hadkan Pergaulan Sejak Bertunang


Pelakon Erin Malek mengakui sejak mengikat tali pertunangan dengan Farriz Fauzy, 30, pada 21 Jun lalu, dia mula membataskan pergaulan dengan orang di sekelilingnya.

Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20, berkata, dia berbuat demikian kerana mahu menjaga nama baiknya sebagai tunangan orang selain mahu membuat perubahan dalam menjadi seorang yang lebih matang.

"Ramai yang menganggap keputusan saya ingin berkahwin dibuat terlalu awal kerana kononnya saya belum matang sepenuhnya.

"Tetapi mereka silap. Sejak bertunang, saya lebih memikirkan tentang masa depan.

"Saya juga meletakkan syarat terhadap diri sendiri sebagai contoh mengurangkan lepak pada waktu malam, pandai jaga diri dan yang penting menghadkan pergaulan di sekeliling," katanya .

Sementara itu, mengenai persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung pada Oktober depan, Erin bersyukur kerana segala persiapan berjalan dengan lancar dengan bantuan keluarga serta teman-teman baiknya.

Malah kata Erin, sehingga kini dia langsung tidak menyentuh urusan hal-hal persiapan perkahwinan kerana ibunya mahu dia mengakhiri zaman solonya dengan tenang.

"Mak kata saya tidak perlu buat apa-apa pun. Semuanya dia dan teman baik saya yang uruskan. Jadi saya mengambil peluang itu untuk meluangkan masa lebih bersama keluarga sebelum bergelar isteri," ujarnya.

Ditanya pula, adakah dia dan tunangnya turut melalui dugaan pertunangan yang sering dilalui oleh pasangan bertunang, kata Erin, dia bersyukur kerana perhubungan dengan berjalan seperti biasa dan mereka hanya berbalah pendapat mengenai perihal perkahwinan sahaja.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .